Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Kemerdekaan Malaya dari Empayar British telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pertama Malaysia. Beliau dengan menteri-menteri dan ketua politik Malaya berjumpa dengan pihak British untuk perundingan kemerdekaan.
Persetujuan dari kedua pihak dicapai pada 8 Februari 1956 tetapi hanya dirasmikan pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Saat puncaknya apabila Tunku Abdul Rahman melaungkan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” didepan beribu-ribu yang hadir untuk menyaksikan hari yang mulia ini.
Sehingga hari ini, kita sebagai rakyat Malaysia meyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos setiap tahun. Kibarkan jalur gemilang and nikmati keamanan negara yang berbilang kaum!